Wednesday, April 15, 2009

pantang yg melarang kan....

Pantang Larang Sebelum Berumahtangga

(Source: Ratu Sehari magazine. Eksotika Cinta. 5th Edition. Page 106)



(1) Jangan keluar dengan pasangan dalam tempoh 40 hari sebelum diijab kabul. --> confirm aku dah langgar.. mane leh semuanya nak kena uruskan sesama...



(2) Jangan membuang air kecil dan air besar serentak dalam air, contohnya sungai kerana tindakan tersebut boleh melemahkan organ seks. --> xde plak aku lepak dlm sungai n confirm malu nak berak dlm sungai nanti "mende alah" tu terapung2.. kahkah



(3) Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang berniat jahat. --> oh no nie kena gak.. tawakal je la.. tp kan ade doa kuar umah.. sila bace untuk mengelak dr di santau.. "wat jahat sekali balik kat org yg santau tuh padan muka.."



(4) Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum berkahwin untuk mengelakkan perut dari membuncit. --> bulan sudah xmakan tp bulan nie da makan.. so confrim muncit nanti kan.. huhuh redha la ...



(5) Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan dari sebarang unsur yang tidak baik. --> berembun erk. xde pun air menitik time kuar tu sbb duk dlm kete je...=p nie pas keje ni pun nak kena ikut dia g shah alam.. =)



(6) Elakkan meminum air soya kerana fitrahnya yang sejuk tidak elok untuk kesihatan alat kelamin. -->oh yang nie erk.. untuk yg kesekian kali nyer.. aku xminat sgt minum air soya.. =) kecuali la.. kat kuantan dulu.. hanya pakcik tu nyer air soya je aku minum sbb anak dia yg tolong tu hensem.. oh lama sungguh aku xg pasar malm kat umah aku tu... nanti cuti kawen nnt nak g la



(7) Dilarang memandang cermin tatkala bersolek oleh mak andam atau jurumekap kerana dikhuatiri seri pengantin akan hilang. --> ok i try my best... Hehehe.



(8) Jauhkan diri daripada mengambil makanan atau minuman yang bersifat sejuk seperti bayam, kangkung, jambu batu, timun dan air kelapa untuk mengekalkan kesegaran wajah. --> jambu?? selalu beli yg 2potong rm1 tu.. tp pastu cam nak pengsan sbb angin satu badan.. xpe pasnie mintak kat abg tu "jambu panas sato!" hehe



(9) Jangan mencukur kening. Dikhuatiri akan menghilangkan seri wajah. --> ok nanti i bgtau kat mak andam i.. camne dia cukur tuh?? buang semua ke?? gile ape? abis la buruk muka xde kening... ish2



((10) Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. --> oh no mennnnnn... xkan nak wat.. malu la i.. nway hope so xujan.. kalau ujan pun majlis yg di adakan di dewan tu mungkin xkan susahkan sesape yg dtg.. sane rasanye da cukup ng laluan berbumbung untuk masuk ke dewan utama =) so jemput dtg beramai2.. parking pun byk...


#~*~*~*~*~*~#


aku rasakan yg terakhir tu bukan pantang larang tp mcm dia suh plak... yg atas2 tu btul pantang sbb ade ayat "jgn", "jauh", "dilarang" tp asal yg ke sepuloh tu xde perkataan jgn or dilarang?? mcm nak suh buat plak.. tu petua.. bukan pantang.. adoi la...


biase la manusia mane xwat silap apetah lagi buku.. mesti ade typo error.. hehehe


ape pun isnyallah yg penting berdoa untuk kesejahteraan majlis tu nanti... n semuanya selamat ngn jaya nyer...
amin...


=)


No comments: