"Sayang, Abang minta izin untuk nikahsorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.
Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan
didalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang
sekali imbas wajah Asraf Mukmin,
kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah,
Fatimah. Rutin hariannya,mencium
puteri-puterinya sebelum diamasuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi,
rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kianberanjak remaja.
Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yangberdua, si kembar, Solehin danFarihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri.
Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yangbahagia,
Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan
di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau,
aku rasa kau mampu untuk beri makan 2keluarga,"
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi
hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah.
Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu
memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman,
dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,"
Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini
sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?"
pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?
Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya
tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnyabersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu.
Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak.
Teringatdia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid,
gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumurhidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak
sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!"
terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya.
Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya?
Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku.
Desis hati kecil Qistina.
to be continued....
No comments:
Post a Comment