Friday, October 31, 2008

TAK BISA MEMILIKI

Apakah yang engkau cari
tak kau temuka di hatiku
apakah yang engkau inginkan
xdapat lagi ku penuhi
begitu la aku
pahamilah aku
mungkin aku tidakla sempurna
tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
mungkin aku tak bisa memiliki
dirimu seumur hidupku
apakah yang engkau cari
tak kau temukan dihatiku
apakah yang engkau inginkan
tak dapat lagi k penuhi
begitu la aku
pahamilah aku
mungkin aku tidakla sempurna
tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
mungkin aku tak bisa memiliki
dirimu sumur hidup ku
dirimu seumur hidup ku
dirimu seumur hidup ku
dirimu seumur hidup ku

Nasihat Kehidupan

Sebelum balik, sesambil mengemas meja... tetiba ade satu email masuk dlm inbox nie....

aku pun cek la jap kan.... n tertera "Nasihat Kehidupan-untuk yg belum dan sudah kawin".

apakah itu....?? meh kite bace sesame....

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang
tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik
adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu
bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak
yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
tu la yg aku dapat dr seorg kawan aku yg ku kira selalu gak bergaduh ng aku kat opis nie... kalau xde dia xceria idup aku kat opis nie... hehehe thanx ye kak rita... so mudah2an peringatan nie untuk renungan ko jugak la yer... hahahah
p/s untuk cik puan rita.... : ko tu dah kawen... sedar2 la skit... hahahah ok cik puan rita... nanti jumpe aku kat surau.. aku belakan lagi tudung ko tuh... ;D

Tuesday, October 28, 2008

RASAnyer......

Rasanya sekarang emosi aku berada di tahap ape ntah skang nie....

ape2 pun dah xleh proses nie.... huhuhu

ape yg aku bincang semalam macam ade perubahan je....perubahan yg aku kire besar jugak....
skang nie camne erk... mcm nak tukar semua.....

yerp... tukar la kan..... :)

insyallah semuanya akan ok nanti....

serabut2....rimas otak aku!!!!

Monday, October 20, 2008

Ape KatA SurvEy....

1.What’s his name?
Mohd Bakhtiar Bin Ahmad Kamal

2. How long have you been dating?
setahun lebih kot

3. Can you tell him anything?
ya everything, dah tau kalau cite kena marah pun tetap bgtau dia gak...

4. What’s his favorite color?
dia ckp warna2 alam...

5. When is his birthday?
lapan belas kosong 1 sembilan belas 81

6. How old will he be turning?
27 kot

7. How much do you see each other?
seminggu sekali je... tgk keadaan gak kadang tu xdpt jumpe pun

8. On a scale of 1-10, How much do you like him?
byk la... riban2 xcukup pun 10 tu..

9. Do you love him?
of coz kalau x, xde la sampai nak betunang ng dia... :p

10. What’s his full name, first/middle/last.
Mohd Bakhtiar

11. Have you ever been to the movies with him?
sekali pun xpernah... how came?? hahaha

12. What movie did you see?
xyah kire la.. mmg xde.... ;p

13. Name a memory you shared with him?
HIGHWAY!!!... D ingt x semua nie??? heheh

14. Have you met his parents?
sudah

15. Has he met your parents?
dia pun dah..

16. How many siblings does he have?
ade 2org adik perempuan bawah dia...

17. Have you kissed him in the rain?
xpernah plak.. nak try la pasnie... hehee

18. Can he make you in the best mood EVER?
of coz la...

19. What’s his moms name?
Jariah Ahmad

20. Is he funny?
sumtime.. walaupun org kata muka dia serious.. tp kelakar ape kadang tuh...

21. Name his favorite quote?
2 la sapal...

22. What is his favorite thing to do?
masuk kedai muzik n kedai buku.... kalau kuar ng dia.. sini la yg selalu dia tarik ajak masuk

23. Does he have any pets?
ade! anak2 kucing yg berbelas ekor...

24. What does he want to name his kids, when he’s older?
dah ade 3 nama... hahahha

25. Someone hits you, What does he do?
protect me....

26. Do you hold hands often?
tu semestinya

27. Does he cuss?
ermmmm

28. Does he have a job?
yes...

29. Do you hug him alot?
eeeeeeeeeeeeeeeee :D

30. Does your family like him?
suke la kot, kalau x xkan dorg izinkan dia masuk minang aku!! hehee

Sunday, October 19, 2008

LaYannnnn Part 1

"Sayang, Abang minta izin untuk nikahsorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.
Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan
didalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang
sekali imbas wajah Asraf Mukmin,
kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah,
Fatimah. Rutin hariannya,mencium
puteri-puterinya sebelum diamasuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi,
rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kianberanjak remaja.
Kemudian, dia menjenguk bilik putera
bujangnya yangberdua, si kembar, Solehin danFarihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri.
Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yangbahagia,
Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan
di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau,
aku rasa kau mampu untuk beri makan 2keluarga,"
sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi
hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah.
Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu
memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman,
dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,"
Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini
sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?"
pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu?
Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya
tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnyabersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu.
Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak.
Teringatdia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid,
gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumurhidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak
sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qisyang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!"
terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya.
Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya?
Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku.
Desis hati kecil Qistina.

to be continued....

Friday, October 17, 2008

NafSu ku berkata!!!!



love this walkman... i adore to bring this thing on my bed... hahaha...

bilakah akan ku miliki....??? esok kot..? heheh

Thursday, October 16, 2008

my new baby!!

my new baby... my lovely present... my bufday gift from my love!!!

thanx d so much...






memula nak amik kaler itam tp dah xde... at the end amik kaler putih...
tapi dah balik umah... tengok2 catalog... mcm minat la plak kat kaler pink tuh... sweet je nampak... heheheh mcm nak lagi satu je.... heheheh :p
ape pun thanx yer d... i love it!!!

Masyarakat Kite!!!





huih ramai giler org dlm tren arini.....




kali nie aku xnaik ke terminal putra dulu tp terus naik menghala ke PJ dr taman melati


sampai je tren, gilos... penuh kat dalam ng manusia... dah macam tin sardin dah... tp dlm ramai2 tuh.. aku xkire nak masuk gak.. dah lewat nie... kalau tgu yg lain alamatnya... kena potong gaji la aku... hahaha...


dah lepas 4-5 stesen org2 kat dalam tu dah makin berkurangan.... aku pun dapat satu port yg selesa skit dr tadi.... ngah aku melilau pandang2 org dlm tren tuh... aku terpandang sorang perempuan ngandung n seorg pakcik yg boleh la di ketogerikan sebagai warga emas...(eh xsilap, tua sgt plak warga emas tuh...) warga veteran... (ok kot) hehe.... dan terus mata aku terarah pada org2 yg duduk berhadapan pakcik tua nie ng org perempuan ngandung nie.... muda2 belia belaka... dari kiri indian gurl, malay gurl, indian gurl, indian gurl n indian gurl.... (penuh kerusi tu ng golongan belia....) tp aku tetiba jadi geram coz bygkan la dr 1st stesen samapi la aku kire stesen ke enam... xde pun salah sorg dr gurls2 tu bg dorg duduk..... hei angin plak aku.....




pakcik muda skit sound:




" bg la yg ngandung ng org tua nie duduk..."




erks.... (no respond!!!!) GILE!!!! xde perikemanusiaan ape...


pompuan melayu tu wat2 tido... perempuan india n de geng tu plak gelak2 tawa mcm xde mende pun jadi depan mata dia... hai....


sudah nye.... aku tgk pakcik tua tu ng perempuan ngandung tu xdapat gak duduk samapi la dorg turun di stesen masjid jamek....

sian dorg... tp macam nie masyarakat kite??? xsedar ke yg gurls2 td tuh....


esok2 kalau korang yg ngandung n dah tua.. korg pun ngarapkan golongan muda bleh aleert ng mende nie kan???

hei... memacam la dunia nie....


p/s: hormat la pada org yang lebih tua n golongan yg memerlukan... jadi la masyarakat yg prihatin n berbudi bahasa...


budi bahasa budaya kite....

Saturday, October 11, 2008

10 OCTOBER 2008

"titt, titt..."
1 new message...

" HEPI BESDAY AWAK... Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki... n cepat kawen!!"

hehe 1st msg masuk inbox aku tepat kul 12.
sengeh sorang2...kuang2.. KAWEN?? cam best je nak kawen... tp lama lagi la...


lama nye nak tgu kol dr tunang sendiri nie... dah kul brape dah nie...

confirm la tu dia tertido....haish xleh jadi nie..... tp xpe la... jap lagi ade la tuh....

"lagu raya berkumandang....." pada screen tertera nama *~Myboy~*

xmau angkat!!! ngajuk nie... coz dah lambat.... 3misscall....


titt titt 1 new message....

"xnak angkat d kol?? D terlelap td b. Ni baru tsedar.. xpela, pape pun epi esday ye syg. umo semkin meningkat. Hope b dmurahkan rezeki n hope hubungan kite kekal sampai ble2 k. Nite b . Sweet dream besday gurl. Mwah!!"

pepagi tu... mase aku otw nak g opis d msg..

"B..."

"ye d... nape??"

" emm..."

" sambung tido dulu erk.. jap lagi b kejut macam biase"

" mwah!! murning kizz untuk beszday gurl...."


ahaks... luv u la...

to all my frenz... thanx for the wish...

owh ye lupe plak nak say thanx untuk adik azwan... blanje akak makan mc d. huu thanx2...

pas keje g jenjalan cari pasal kat kL sentral ng yong, kak ita n suhana...

balik sembang2 ng d... terima kasih maxis kerana bagi hadiah arijadi

" bleh berbual dengan pengguna maxis secara percuma on my birthday"

jimat2....

oklah badan pun dah penat... jom kite tido dulu... sebelum tido....

"YA ALLAH SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA MASIH ADA KESEMPATAN INI UNTUK AKU MENYAMBUT HARI LAHIR..... SMOGA AKU DIBERI KESIHATAN TUBUH BADAN N DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..... MURAHKAN REZEKI KU.... DALAM KEHIDUPAN, DALAM PERKERJAAN, DALAM PERHUBUNGAN.... DALAM PERSEDIAAN UNTUK MASE DEPAN...SEMOGA SEMUA NYE DIBERKATI DAN DIRESTUI OLEH MU ILLAHI...AMIN..."

kroh2.....

Tuesday, October 7, 2008

ape yg aku rasa nie????



mcm nie la aku sekarang... nape aku sedih dowh??? huwaaaaaa rasa cam upset je lately nie..

xtau nape... tp itu yg aku rasa....y? y? huh.... semak rasa....!!!!

terperosok di tepi dinding.. yg membezakan aku ng powerpuff gurl nie... aku duk ujung katil.. hehehe...

dah la xmau sedih2... nanti dah nak dekat dah birthday!!! kena happy2.. xmau spoil kan mud birthday!!!

yaaaaaaaaa wake up!!!

Friday, October 3, 2008

SWEET OCTOBER FOR US.....


Semalam aku kepenatan yg amat.... dari pagi g beraya till malam... huih... memenatkan...

serba skit je la rentetan semalam:

" 9.00am: konvoi dari kuantan ke kemaman (5bijik kete 1van)"

" 11.00am: selamat sampai umah CIK RIPIN... eat time kat umah anak dia...."
- makan nasi minyak ng sambal belacan??? mcm ne nie?? xpaham2.. tp belasah je la.. dr pagi xmakan2 lagi.. so bedal je la....
- sesi fotografi kat sane... first time raya punye la ramai sedara mara berkumpul.. cam artis dah rasanye.. ahaks... bergambar sakan.. tp syg nye terlupe nak amik pakai camera aku.. xpe..nnt amik je dr dorg semua.. huhuh

" 1.00pm: g beraya plak kat umah AWEK AMAL... (INA) thanx la INA jamukan kami ng satay"
(time tu aku dijadikan bahan ketawa.. sbb xpandai makan tarik satay dr lidinya...) ng muka selamber aku jawab... (dah lama xmakan.. xingat dah cara nak makan... hahaha)-ayat cover

" 2.00pm: singgah la jap kat umah ayah CIKMA... hehehe lawak gak nie.. sesat2 nak boleh sampai umah nye... kat rumah nie pun lawak gak family kiteorg....
- org datang umah nak beraya tp dorg semua... 1st datang cari kambing n kuda... hahaha budak2 dah xheran dapat makan or x.. semua nak jumpe kuda ng kambing dulu... hehehe

"4.00pm: dah sampai kuantan.. tp family kete aku g brenti kat bakery jap.. petang nie nak celebrate birthday mereka2 yg lahir bulan 10. hehehe (termasuk gak la aku) kuang2...

"5.00pm: sampai umah nenek we all celebrate birthday beramai2... n makan petang sekali.. syok oooo ade makan laksa pahang... slurpp mmg best... syg la kat korang semua yg sporting2.. hehehe...

"6.45pm: abg AZMER plak datang umah aku... ingt dapat relaks...:( xdpt gak... " kena la tolong mak siapkan ape yg patut.... ok dah beres... hehehe aku pun naik atas nak merehatkan diri sambil membersihkan badan yg melekit2 nie.... baru nak telelap... abah plak naik bgtau WAN dtg ngan adik beradik belah abah yg lain... huhuhu....YES BOSS.. jap lagi YANA TURUN.
- ramainye org... adush.. camne nak jalan nie.. aku ngan langkah ayu2 ala gadis kampung berbaju kurung kedah ngatur langkah... alamak.. ramai nye yg pandang... "aku malu... hahaha" bersalam-salaman... hehehe soklan cepu cemas..." BILA LANGSUNG NYE?? MANE TUNANGNYE?? MANE GAMBAR MASA TUNANG ARITU??" kuang2 xjadi kerja gak aku.. hehe jawapan yg petama n kedua di jawab ng senyuman.. tp jawapan ketiga tuh.. ku jawab ng huluran manis... sbuah album...hehe.. (ha tgk la puas2... tarikh akan diberitahu kelak... nanti kan aja..)
- lpas dorg setle semayang maghrib... abah plak bgtau nak g umah toksdara kiterg... adush.. dah la xberapa rapat.. sape plak la abah nak perkenalkan kali nie... hehehe... maki pun berkunjung la ke rumah TOK YAS... hehee pergh bleh tahan gak loyar buruk nye tok aki aku yg sorg nie... tp sian kami sepupu2 yg ade time tuh.. xberapa nak kenal ng family TOK YAS tuh... hehe (tu la lain kali bawak la kami selalu ke rumah org2 nie... kan dah xkenal sedara skang ne...) kiteprg yg sepupu2 nie gelak je... sengeh2 sumbing...
- balik umah... waaaaaaaa lega..... dapat bum2.... seronot dpt jumpe katil.. xingt ape dah... kroh2.. tido... alhamdulillah...





nway ari semalam dalam bergumbira... bergelak2.... tp nenek plak wat muke sedih... cucu2 dia yg sebahagian, anak n menantu ada yg dah nak balik. hehehe... xpe nek nanti bulan 12 kite kumpul ramai2 lagi erk... KENAPA BULAN 12?? JENG2... adalah... nantikan blog seterusnya...
"panas betul cuaca mgu nie.. aku dah start sakit tekak dah nie...."

Wednesday, October 1, 2008

yea2 HARI RAYA!!

huih... selepas penat seharian aku beraya... akhirnya aku balik jugak ke rumah aku... huhuh memenatkan.. letih n lesu rasa badan aku... xterkata kepenatan tuh... huhuh.. but very2 enjoy it.. di tambah plak dengan NO MSG n NO CALL from my fiance... alangkah gumbira nye ati ku.. rasa cam zaman2 bujang dulu plak... (ada sebab nye nape xde call n msg dr dia) xpe.. biar2.. biar dia raya puas2... almaklum la dia very de bz man than me... n sape la aku nie kan??? dulu lain skang dah lain... so trima la hakikatnya nie... huhuh.

1st pagi2 dengar mak bebel dulu.. perkara wajib dalam idup aku... di pagi syawal dah dengar suara mak bising2 kat dapur.. alkisahnya coz dapat anak yg pemalas cam aku nie... hehhee sian mak... pas tu aku mandi2 trun bawah n makan time!!! nyum2 thanx mak kerana watkan nasi dagang untuk aku... aku makan ng seleranya... sedap jugak mak masak kali nie.. i like it... hhee. pas dah makan sembang2 ng akak aku... sementara nak tgu abah, abang n adik balik dr semayang raya... pas dorg balik.... yeahhh nie la mase nye.. sesi memohon ampun n maaf.... yg paling best dapat tgk mak nangis... adik nagis... n yg paling2 best lagi.. time nie mak amik dlm handbeg dia sampul ijau berisi DUIT RAYA!!!!... yeaahhhh semua dapat... alangkah best nye...
ok makan dah, salam2 dah... skang tiba la mase nye nak ke rumah nenek plak... sampai sane.. cam biase la.. mohon maaf ng family2 belah sane plak... slam2 ng family cik burn, cik wan, mak teh, mak anom, nenek, uncle bob, mak long n mak nora... uish kebas tangan nak nyalam semua...tapi yg xberapa nak syok... semua jerit..." KAK YANA, DUIT RAYA!!!" aduhai.. tu la kalau dah keje.. n aku yg dah tentu famous di kalangan sepupu sepapart nie.. ngan selamber nye menjawab... nak duit raya kena dtg raya umah kak yana... hehehe taktik nak mengelak dr bg duit raya... hahaha tp insyallah nnt aku bg...(mane makteh nie, xbg pun lagi duit yg yana suh tukar nie.. mcm ne nak bagi dorg duit raya nie??)
perjalanan konvoi beramai2 dimulakan.. mcm biase port 1st... KUBUR.. then after kubur this year kiteorg kena g umah WAN... so berpisah la ng yg lain n kami ke rumah WAN yg terletak xjauh dr bandar KUANTAN... g la sane plak... huih.. meriah nye raya kat sane.. dah besar.. dah nak kawen pun dapat duit raya lagi.. cyg lebih la kat u all semua.. muahahha... balik dari sane trus direct ke umah nenek... then dorg nak berkonvoi ke rumah UNCLE IDHAM... umah pengasas KOLEJ SHAHPUTRA... huhuh... biase la tu umah wajib... dorg ade kenangan manis ng anak2 uncle idham... nenek n semua anak2 nye rapat ng family dorg.. ok pas tu teruskan perjalanan ke rumah UNCLE MIE... g la pulak ke sane... eh dalam sedar x sedar kan... aku rasa raya tahun nie la aku kurang makan.. biase tu pantang nampak makanan.. mesti kebas punyer la... huhuh... tp tidak untuk raya nie...(tu la moody lagi.. sape suh gaduh ng bard??) hahhaha... dah balik umah UNCLE MIE... kami meneruskan perjalan ke rumah nenek lagi.. aik umah nenek lagi.. heheh but ngah lepak2 kawan aku kol plak.. nka datang raya umah.. kena la balik umah plak.. so kembali la aku ke rumah ku yg tercinta... lepak2 sempat la aku tido selelap.. baru la HAFIDZ n the GENG datang umah aku.. tu pun dah waktu genting nak azan MAGHRIB.. xpe la.. jemput2 makan2.. lepak2 skit, sembang2 skit... dorg dtg umah aku sbenarnya ng tujuan nak duit raya.. tp alangkah sedihnya... korang dah besar panjang.. xde2.. sape nak bagi duit raya??? hehehe.
ok.. nuw malam plak menjelma... mane lagi nak serang nie??? ok adik2 semua... umah UNCLE DIN... excited giler nie nak g umah dia... xsabar nak tengok.. kali nie decoration macam ne la umah dia... JENG2... sah mmg ade surprised... nuw umah dia dah jadi macam... serious wa cakap lu..."AQUARIA"... memang cantik giler akuarium besar yg di tanam dalam dinding kat umah dia.. serious mmg lawa.. nnt aku dah upload gmbr.. aku show kat sini... mmg best siot... huih kalau la aku dpt umah mcm dia... akan ku wat lebih dr tuh... hahahah (berangan je la) nway untuk pengetahuan korg.. sedara2 kecik aku selalu sebut " nak g umah pakcik yg ade ikan banyak2" hehehe serious la.. umah dia tiap2 tahun berubah.. n tu la salah satu sebab kenapa kiteorg suke g umah dia...
and last but not last... port terakhir... rumah aku la sape lagi... dorg telah berusaha meng-clear-kan makanan yg mak aku masak di pagi raya... n melantak kuih muih yg ade di atas meja kaca tuh... hehehe dlm banyak2 kuih.. kuih aku la yg paling laku... (conflake madu!!) nyum2... tu kuih wajib kat umah nie... sbb aku suke makan n suke membuatnya... hehehe... pas dah makan2... mereka pun bersenang lenang menyandar tanpa memikirkan... jap lagi aku yg nak kena basuh pinggan nie... hehehe... tp dorg tanpa segan silu bergelak ketawa sambil menonton cite nana tanjung... huhuhu ... xleh jadi nie.. tgl dulu la pinggan.. aku pun nak gelak jugak... hehehe.
dah kenyang dah rehat2 ape lagi semua angkat kaki la... heheh dgn sekelip mata... lengang umah aku.. smeua dah balik umah nenek... untuk beradu... hehehe esok nak bangun pagi plak... long journey... ke mane kite?? NANG NANG NANG NANG NANG NGANU KITE!! hehehe esok ke kemaman.... yeahhhh konvoi 7kete... huhuh abisla umah yg kiteorg nak serang esok nie... hehehe syok nye raya.... hehehe...
so aku pun dah keletihan... nampak gaya nye mata pun dah berat... katil dah melambai2 dah tuh... esok nak bangun awal... so jom tido... hehe.... nak tido dah.... esok la pulak...


SELAMAT HARI RAYA !!!